Cara kreatif BBNU suarakan rasa cinta pada Malaysia
Jiwa BBNU memang tak akan pernah sama dengan Baby Boomers! Ini realiti, janji jangan ada diskriminasi! Jangan kata millenials, Gen-Z dan Alpha tidak patriotik.
Tolak ke tepi persepsi dan terimalah hakikat, sebenarnya orang-orang muda lebih kreatif meluahkan apa yang mereka rasa.
Definisi ‘jiwa merdeka’ itu kan berbeza-beza. Jika Baby Boomers ‘degil’ dengan cara lama dan konvensional, apa salahnya dengan teknologi. Orang muda mahukan yang ini!
Lagipun, merdeka bukan hanya tentang memasang bendera. Tidak akan cukup dengan hanya melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Patriotisme datang dalam pelbagai cara untuk luahkan semangat dan emosi. Tiada isu skeptikal bagi BBNU tunjukkan semangat, kebebasan, kefahaman, kehendak, tekad atau impian. Itulah cara mereka luahkan ekspresi diri.
Memahami rentak dan jiwa orang muda, Maxis sedia menyokong aspirasi jiwa anak-anak muda yang berbeza definisi dan cara penghayatan sebagai medium untuk mereka meluahkan perasaan.
Dengan mesej ‘potensi baru harus kita kecapi, supaya negara kita terus menerajui’, Maxis menyokong apa sahaja penerokaan baharu BBNU untuk terus bergerak merentasi zaman.
Mereka mahu jadi medium pencetus dan sokongan kepada potensi generasi muda. Bagi Maxis, apalah ertinya kecanggihan teknologi jika setiap generasi terutama orang muda tidak menguasainya.
Bayangkan teknologi, jati diri dan modal insan bergabung. Inilah masanya generasi muda terus meneroka, bangkit dan membina komuniti yang gemilang untuk masa depan negara.
Meneroka bermakna kemampuan menguasai dunia digitalisasi. Dengan bakat seni, cemerlang akademik atau azam yang tinggi dalam bisnes - terokalah semahunya.
Maxis sedia menyokong apa sahaja impian dan harapan rakyat Malaysia dalam membina diri dan menyumbang kepada negara.
Semangat dan aura merdeka takkan terpadam, sama seperti Maxis yang terus bersemangat memacu masa depan negara lebih gemilang.
Ayuh, terus menerajui bersama Maxis!
Untuk menonton video Jiwa Merdeka Maxis di sini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!