Satu-satunya YB jadikan mesin taip teman setia
31 Ogos 2022 | Video Shorts
A
A
A
Menurut aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye, sebagai seorang wakil rakyat muda yang dilantik pada tahun 1969, beliau mahu tampilkan kelainan berbanding pemimpin lain.
Justeru, Lam Thye tekad menggunakan dua mesin taip sebagai 'sahabat setia' dan bawa ke mana-mana sahaja beliau pergi.
Katanya, mesin taip itu digunakan untuk membuat kenyataan media dan surat sokongan untuk pengundinya dan ditaip serta disiapkan segera.
Banyak lagi kisah menarik dan menyentuh hati yang beliau kongsi dalam program Bersama Johan Jaaffar pada Rabu, 31 Ogos 2022.
TONTON VIDEO PENUH DI: https://www.youtube.com/watch?v=ltjXxlERdrA