Pertumbuhan kukuh ekonomi hasil dasar monetari akomodatif

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkembangan ekonomi negara yang memberangsangkan pada hari ini adalah hasil daripada antara lainnya dasar fiskal mengembang melalui Bajet 2022, dasar monetari yang kekal akomodatif serta pembukaan semula sepenuhnya ekonomi dan sempadan antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Malaysia kini signifikan di mata dunia, malah telah membuktikan pencapaian ekonomi dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus bagi suku kedua tahun ini.

"Pencapaian yang direkodkan ini merupakan yang terbaik di Asia Tenggara,” kata Perdana Menteri dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2022 yang disiar di saluran televisyen tempatan, malam ini.

Menurutnya, keyakinan terhadap ekonomi negara juga jelas dalam kalangan pelabur antarabangsa.

Bagi tempoh separuh pertama 2022, Ismail Sabri berkata pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan aliran langsung bersih lebih tinggi berjumlah RM41.7 bilion berbanding RM23.3 bilion sebelum pandemik.

"Momentum pemulihan ekonomi bukan sekadar pertumbuhan KDNK, tetapi pemulihan pasaran kerja apabila kadar pengangguran menurun daripada 5.3 peratus pada Mei 2020 kepada 3.8 peratus pada Jun 2022,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!