Azalina letak jawatan Penasihat Khas Undang-Undang PM

Azalina Othman Said
Azalina Othman Said
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said bukan lagi Penasihat Khas Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri.

Sumber mendakwa, Azalina telah meletak jawatan itu pada Selasa.

Sebelum itu tular di Twitter Azalina telah meletakkan jawatan berkenaan, namun laporan sebuah portal menafikan perkara itu dengan memetik sumber terdekat UMNO.

Azalina dilantik ke jawatan berkenaan pada pada 2 Oktober 2021.

Surat pelantikan itu diserahkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau dilantik ke jawatan tersebut selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 atas beberapa alasan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!