Agong berkenan sempurna perasmian pembukaan Sukma ke-20
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
A
A
A
Al-Sultan Abdullah bertitah berhubung perkara itu semasa sesi menghadap dan mempersembahkan warkah persilaan di Istana Negara semalam, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mendengar taklimat ringkas mengenai perjalanan Sukma ke-20 yang akan berlangsung dari 16 hingga 24 September.
Edisi ke-20 Sukma menyaksikan sebanyak 31 jenis sukan dipertandingkan membabitkan penganjuran 426 acara.
Sukma ke-20 yang dianjurkan Majlis Sukan Negara (MSN), menyaksikan beberapa acara bakal dipertandingkan di beberapa lokasi pilihan termasuk di sekitar Lembah Klang, Nilai dan Langkawi.
Hampir 9,000 atlet dan pegawai daripada 15 kontinjen yang bertanding telah mengesahkan penyertaan untuk temasya sukan itu kali ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!