Banjir Pakistan: Salahkan negara lepas karbon paling tinggi

Banjir besar melanda Pakistan. - Foto Xinhua
Banjir besar melanda Pakistan. - Foto Xinhua
A
A
A
NEW DELHI - Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama menyalahkan negara perindustrian yang membebaskan paling banyak karbon di dunia sebagai punca kepada bencana banjir yang melanda Pakistan.

"Biar jelas: rakyat Pakistan tidak akan lakukan perkara itu kepada Pakistan -- kita semua adalah puncanya, dan negara pengeluar karbon terbanyak adalah yang paling bertanggungjawab.



"Hanya jika kita menamatkan penggunaan bahan api fosil, setiap negara di dunia akan kekal dalam garis silang kemusnahan iklim," ciap Bainimarama di Twitter pada Selasa sambil menekankan mengani bahaya pelepasan gas rumah hijau global.

Seperti Fiji, Pakistan adalah antara penyumbang terendah kepada pelepasan karbon global, namun negara itu masih sangat terdedah kepada perubahan iklim.

Pakistan mempunyai kira-kira 7,500 sungai glasier dan peningkatan suhu global menyebabkannya mencair dengan cepat.

"Perubahan iklim menyebabkan glasier kita mencair lebih pantas dan sungai kita menjadi kering. Jika kita tidak menyelamatkan sungai kita, negara ini akan mengalami kemarau menjelang 2025," kata Menteri Perubahan Iklim Sherry Rehman dalam satu dokumentari pada Jun lalu.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!