Redah empat jam perjalanan dari Johor ke Dataran Merdeka

Amirul Fasli, 30, bersama isterinya Atikah Yunus, 28, turut membawa anak perempuannya berusia empat tahun serta bapa mentua (bapa Atikah) yang berasal dari Samarahan, Sarawak
Amirul Fasli, 30, bersama isterinya Atikah Yunus, 28, turut membawa anak perempuannya berusia empat tahun serta bapa mentua (bapa Atikah) yang berasal dari Samarahan, Sarawak
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasangan suami isteri sanggup menempuh perjalanan hampir empat jam dari Kempas, Johor semata-mata untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka di sini pada Rabu.

Amirul Fasli, 30, bersama isterinya Atikah Yunus, 28, turut membawa anak perempuannya berusia empat tahun serta bapa mentua (bapa Atikah) yang berasal dari Samarahan, Sarawak dan bertolak dari rumahnya jam 12 tengah malam tadi dengan menaiki kereta.

"Saya memandu kereta dari Kempas, Johor sehingga stesen Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya. Namun kami ada berhenti rehat di beberapa kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) sebelum meneruskan perjalanan.

"Kemudian kami sekeluarga menaiki LRT sehingga ke Masjid Jamek. Memang rasa penat ditambah pula stesen LRT sesak dengan ribuan pengguna yang turut ingin sekali menyaksikan sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Amirul Fasli
Amirul Fasli

"Namun rasa penat itu berbaloi kerana sambutan pada kali ini cukup meriah dengan pelbagai acara menarik selain pertunjukan pelbagai ketenteraan termasuk pesawat pejuang dan lintasan hormat helikopter yang membawa Jalur Gemilang," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Sementara itu, Atikah yang bertugas sebagai jururawat mengakui teruja kerana ia merupakan pengalaman pertama bagi dirinya untuk sama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

"Ia menjadi lebih bermakna apabila ayah saya yang berusia 57 tahun datang jauh dari Sarawak turut ikut sekali menyaksikan hari bersejarah negara ini.

Artikel Berkaitan:

Atikah Yunus
Atikah Yunus

"Anak perempuan saya pula begitu gembira dapat datang ke sini kerana dapat menyaksikan pelbagai pertunjukan menarik. Meskipun keadaan begitu sesak dan penuh dengan orang ramai namun saya bersyukur kerana dapat menyaksikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

"Ia secara tidak langsung memberi kesedaran kepada kita semua bahawa ia bukan sekadar cuti umum semata-mata malah mengajar kita tentang erti kemerdekaan dan melahirkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!