Warga Rohingya lemas selepas menjala ikan

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang hanyut semasa menyeberang sungai.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang hanyut semasa menyeberang sungai.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki etnik Rohingya ditemukan lemas dihanyutkan arus semasa menyeberang Sungai Melayu, selepas menjala ikan di Kilometer 6.6 Jalan Ismail Sultan, Gelang Patah, dekat sini pada Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin berkata, mayat

Anayatullah Habi Rahman ditemukan pihak bomba kira-kira pada jam 7 petang.

"Mayat ditemukan tersangkut pada ranting-ranting dan kayu yang hanyut pada jarak kira-kira 15 meter dari kawasan dia dihanyutkan arus," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, Anayatullah yang berusia 27 tahun sebelum itu pergi menjala bersama-sama rakannya pada jam 9 pagi.

Menurut Mohd Khairi, semasa menyeberang sungai untuk pulang ke rumah, mangsa hanyut dibawa arus dan hilang.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 3 petang sebelum tujuh anggota dari BBP Iskandar Puteri dikejarkan ke tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!