Warga asing ditahan tunjuk isyarat lucah kepada polis

Tangkap layar memaparkan video perbuatan seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis yang tular di media sosial.
Tangkap layar memaparkan video perbuatan seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis yang tular di media sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah ke arah anggota polis yang sedang bertugas di hadapan pusat beli-belah Lot 10 di sini membawa padah apabila dia ditahan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di hadapan pusat beli-belah tersebut sekitar jam 12.15 tengah malam.

“Susulan itu, polis telah menahan serta membuka kertas siasatan ke atas suspek lelaki bukan warganegara yang berusia 39 tahun berkenaan.

“Lelaki terbabit kini direman selama tiga hari bermula hari ini (Rabu) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kejadian itu tular di media sosial selepas satu klip video berdurasi 10 saat memaparkan tindakan lelaki itu merakam dirinya sendiri sambil menunjukkan jari tengah ke arah dua anggota polis.

Salah seorang anggota polis berkenaan menyedari perbuatan itu selepas dimuat naik seorang pengguna Twitter.

Dalam pada itu, Noor Dellhan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang kerana tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!