Warga emas maut langgar lari
Pemangku Ketua Polis Daerah Jeli, Asisten Suprintendan, Nik Ahmad Kamil Che Ahmad berkata, dalam kejadian kira- kira jam 6.35 pagi itu, mangsa, Zariah Che Awang Teh, 68 dikatakan berjalan kaki dari rumahnya ke Masjid Mukim Lubuk Bongor sebelum dilanggar sebuah kenderaan yang datang dari arah belakang.
"Mangsa berjalan di kiri jalan dari arah Jeli ke Dabong, sebelum dilanggar kenderaan yang datang dari arah sama.
"Mangsa yang tercampak ke bawah besi penghadang jalan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Nik Ahmad Kamil berkata, kenderaan yang melanggar mangsa masih belum dikenal pasti dan usaha mengesan pemandu terbabit giat dijalankan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat," katanya.
Menurutnya, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!