Pemburu monyet tersilap tembak wanita di bandar Fuji

Monyet yang mahu ditembak oleh pasukan pemburu dilihat berkeliaran di bandar Fuji baru-baru ini. - Foto YouTube/ABC
Monyet yang mahu ditembak oleh pasukan pemburu dilihat berkeliaran di bandar Fuji baru-baru ini. - Foto YouTube/ABC
A
A
A

TOKYO - Seorang wanita ditembak dengan damak yang dibubuh dengan ubat penenang secara tidak sengaja oleh satu pasukan pemburu monyet di bandar Fuji baru-baru ini.

Kejadian berlaku di bandar tersebut yang terletak di daerah Shizuoka selepas beberapa saksi melaporkan melihat monyet itu berhampiran Stesen Fujikawa, laporan Sora News 24.

Selepas pasukan itu tiba, mereka bercakap dengan wanita berkenaan yang memberitahu tentang maklumat monyet tersebut.

Bagaimanapun, salah seorang anggota pasukan itu secara tidak sengaja telah menembaknya di lengan dengan damak penenang.

Seorang pegawai di bandar itu menjelaskan bahawa penembak itu tergelincir menyebabkan dia menarik picu raifal dan tertembak wanita berkenaan.

Wanita itu telah dihantar ke sebuah hospital dan dia bangun daripada tidur selepas ditembak sejam kemudian.

Dia dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan dibenarkan keluar dari hospital tersebut tetapi monyet itu masih lagi bebas.

Kerajaan tempatan bandar Fuji kemudian mengeluarkan permohonan maaf kepada wanita itu dan menjanjikan penyiasatan penuh terhadap insiden tersebut.

Artikel Berkaitan:

Insiden itu berlaku di tengah-tengah gelombang serangan monyet yang berterusan yang menggegarkan Jepun dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini menyebabkan penduduk di bandar tersebut berasa takut. – Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!