Solat hajat calon PH: Annuar bidas Saifuddin

prk222
prk222
A
A
A

SEREMBAN - UMNO membidas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana menuduh tentera siber (cybertroopers) parti itu terlibat dalam penyebaran infografik palsu membabitkan calon PH, Dr S Streram.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tuduhan itu bukan sahaja berniat jahat malah cuba untuk mengelirukan pengundi DUN Rantau.

Katanya, kerajaan PH tidak perlu mengeluarkan kenyataan tidak berasas kerana rakyat kini sudah bijak menilai.

"Rakyat tidak mudah untuk dipermainkan dengan perang saraf yang cuba dilancarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Solat hajat palsu: Hanya rekaan untuk main emosi

"Kami adalah parti yang akaun dibekukan, segala wang telah dirampas. Kami adalah parti yang berlawan dengan kaki, mulut dan tangan yang diikat," katanya ketika berucap dalam ceramah di Kampung Pasir Limsum di sini, malam tadi.

Menurut Annuar lagi, BN tidak akan terikut-ikut dengan rentak politik fitnah PH sebaliknya akan terus bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada calon mereka, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah poster yang memaparkan perkataan 'Jom Solat Hajat Untuk Dr Streram'.

Artikel Berkaitan:

Poster itu turut memaparkan lokasi solat hajat dan bacaan Yasin di sebuah masjid.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Annuar turut kesal dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersikap pilih kasih serta menutup mata terhadap kesalahan yang dilakukan PH.

"SPR mengatakan mereka neutral tetapi secara terang-terangan tidak mengambil tindakan atas segala salah laku dilakukan parti kerajaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!