Pemuda bertarung nyawa disengat lebah lebih 20,000 kali

Bellamy yang dikomakan sejak Selasa lalu kini ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Cincinnati. - Foto Agensi
Bellamy yang dikomakan sejak Selasa lalu kini ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Cincinnati. - Foto Agensi
A
A
A

COLUMBUS - Seorang pemuda di negeri Ohio, Amerika Syarikat (AS) kini bergantung kepada mesin sokongan hayat selepas disengat lebih 20,000 kali oleh lebah pembunuh Afrika.

Menurut laporan Fox 19, Austin Bellamy dikomakan sejak malam Selasa, selepas dia secara tidak sengaja mengusik sarang lebah ketika memotong pokok lemon.

Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu disaksikan oleh nenek mangsa, Phyllis Edwards dan bapa saudaranya yang berdiri di bawah pokok tersebut.

Pemuda berusia 20 tahun itu kini dirawat di hospital dan menggunakan bantuan ventilator kata ibunya, Shawna Carter pada laman sesawang kutipan dana yang dilancarkan untuk membayar bil perubatan anaknya.

Carter berkata, dia dimaklumkan bahawa anaknya tertelan kira-kira 30 ekor lebah dan doktor mengambil masa lebih sehari untuk mengeluarkannya.

"Doktor menjangkakan Bellamy akan pulih sepenuhnya," kata Carter.

Lebah pembunuh Afrika, juga dikenali sebagai lebah madu Afrika biasanya menyengat apabila terancam.

Hanya satu sengatan boleh menyebabkan rasa sakit dan gatal-gatal yang biasanya bertambah baik dengan sendirinya.

Artikel Berkaitan:

Sengatan lebah pembunuh Afrika paling banyak yang boleh ditanggung oleh orang dewasa adalah sekitar 1,000 sengatan. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!