Sempat mengadu sakit dada sebelum meninggal dunia
NILAI - Konsultan Teknologi Maklumat (IT) sempat mengadu sakit dada kepada teman wanitanya sebelum meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Nilai di Lebuhraya Raya Plus arah selatan, di sini, semalam.
Kejadian jam 8.40 pagi itu berlaku ketika Lawrence Liew Chee Wei, 40, dalam perjalanan dari Cyberjaya ke Johor.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, mangsa sebelum itu telah memberhentikan kereta dipandu di R&R Nilai untuk berehat selepas mengadu sakit dada.
"Selang beberapa minit, mangsa terus tidak sedarkan diri dan teman wanitanya telah menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan.
"Berdasarkan keterangan teman wanitanya, mangsa ada rekod penyakit jantung," katanya.
Menurutnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.
Katanya, doktor mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan saluran darah dalam jantung tersumbat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!