Jho Low: Kenapa tak maklum kepada Malaysia - Hamzah

Hamzah Zainuddin
Hamzah Zainuddin
A
A
A

PUTRAJAYA - [KEMAS KINI] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan dakwaan kelibat ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low yang kini dilaporkan berada di Disneyland, Shanghai.

Menurutnya, sebarang maklumat berhubung Jho Low atau nama sebenarnya, Low Taek Jho sepatutnya dimaklumkan kepada Malaysia.

"Dia tahu, kenapa tidak maklum kepada kita lokasi apa semua?" katanya menerusi sidang akhbar Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, di kementeriannya pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung keberadaan Jho Low di taman tema itu pada malam Krismas, 2019.

Kelibat Jho Low yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di taman tema itu didedahkan penulis bersama buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World', Bradley Hope menerusi episod pertama program 'Di Mana Jho Low' yang disiarkan di platform aplikasi video YouTube, pada Rabu.

Menerusi episod itu, Hope bersama seorang penulis, Tom Wright turut berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di Disneyland, Shanghai.

Hope berkata, gambar didakwa bertarikh 24 Disember 2019 itu diterimanya daripada sumber boleh dipercayai

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!