Harga RON95, RON97, diesel kekal

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan mengekalkan harga runcit minyak RON95, RON97 dan diesel sehingga 12 Apri depan.

Harga runcit bagi RON95 adalah RM2.08 seliter dan RON97, RM2.63 seliter manakala diesel, RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan media menjelaskan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 6 April sehingga 12 April sepatutnya adalah sebanyak RM2.33 seliter dan RM2.36 seliter masing-masing iaitu sama dengan harga minggu sebelumnya.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata kenyataan itu hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!