Aaron-Wooi Yik intai status nombor satu dunia

Aaron Chia-Wooi Yik sebaik tiba di KLIA dari Tokyo pada Khamis.
Aaron Chia-Wooi Yik sebaik tiba di KLIA dari Tokyo pada Khamis.
A
A
A

BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melaungkan amaran untuk untuk bergelar pemain nombor satu dunia selepas merangkul Kejohanan Dunia di Tokyo Jepun pada Ahad.

Bagaimanapun jelas Aaron, kedua-dua jagoan dunia itu tidak menetapkan tempoh khusus sebaliknya mahu menjadikan kejayaan di edisi Tokyo 2022 itu inspirasi merealisasikan misi tersebut.

Tambah Aaron, mereka kini semakin bersemangat untuk meraih lebih banyak kejuaraan pada masa depan selepas permulaan hambar dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

"Sejujurnya kejayaan di Kejohanan Dunia telah memberi motivasi besar kepada kami dan paling penting semangat untuk terus berjuang di kejohanan lain selepas ini.

“Malah kami juga memasang impian untuk menjadi pemain nombor satu dunia pada suatu masa nanti.

"Namun begitu kami menyedari ia bukan sesuatu yang mudah, kerana kami perlu bekerja lebih keras lagi bagi menjadikan misi tersebut satu kenyataan,” kata pemain berusia 25 tahun itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Tokyo pada Khamis.

Untuk rekod, kali terakhir pasangan beregu lelaki negara menduduki ranking nombor satu dunia pada 2016 menerusi gandingan pemenang pingat perak Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Kejayaan merangkul kejuaraan Kejohanan Dunia juga melayakkan Aaron Chia-Wooi Yik beraksi dalam kempen akhir Jelajah Dunia di Guangzhou China hujung tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!