Kadar hibah terendah: CEO TH
![Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat memberi penjelasan berkenaan dengan Hibah Lembaga Tabung Haji 2018 di Majlis Taklimat Prestasi Lembaga Tabung Haji dan Pengumuman Hibah 2018. - Foto Sinar Harian/ZAHID IZZANI](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/04/05/255487.jpg)
PUTRAJAYA - Hibah bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus adalah yang terendah dalam sejarah Tabung Haji.
Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat mengesahkan perkara itu ketika sidang media Majlis Taklimat Prestasi Lembaga Tabung Haji dan Pengumuman Hibah bagi Tahun 2018 di sini, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Kadar hibah TH pada kadar 1.25 peratus
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof mengumumkan kadar tersebut mengambil kira kedudukan kewangan TH.
Kadar jumlah tersebut bagaimanapun lebih rendah berbanding tahun 2017, iaitu 6.25 peratus.
Agihan hibah ini membabitkan jumlah sebanyak RM913 juta.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!