NGO janji pertahan Islam, Rasulullah

Suhaimi ketika memberi ucapan bersama pemimpin NGO Islam yang hadir.
Suhaimi ketika memberi ucapan bersama pemimpin NGO Islam yang hadir.
A
A
A

ALOR SETAR - Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) akan berada di barisan paling hadapan jika kesucian agama Islam dan maruah Nabi Muhammad SAW dipersendakan lagi oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Presiden Kelab Ketuanan Melayu Kedah, Suhaimi Shuib berkata, Perhimpunan Sayangi Rasullulah SAW yang disertai puluhan NGO Islam itu adalah sebagai isyarat jelas kepada pihak-pihak tertentu agar tidak menyentuh sensitiviti yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

Menurutnya, satu perhimpunan yang telah dianjurkan oleh pihaknya sebelum ini untuk menyatakan bantahan terhadap individu yang menghina Rasulullah SAW telah dihadiri ribuan umat Islam di hadapan Masjid Tunku Intan Syafinaz, Anak Bukit baru-baru ini.

"Barisan NGO Islam akan berada paling hadapan untuk mempertahankan agama Islam dan Rasulullah SAW jika masih ada individu yang berani mempersenda dan menghina lagi.

"Malu untuk kita mengaku umat Islam dan umat Nabi Muhammad SAW jika kita tidak mempertahankan kesucian ini, malu kita kepada Rasulullah SAW jika tidak mengambil apa-apa tindakan," katanya kepada hampir 200 orang yang hadir di dataran berhadapan Masjid Zahir selepas solat Jumaat.

Kira-kira 200 umat Islam berkumpul di dataran berhadapan Masjid Zahir selepas solat Jumaat.
Kira-kira 200 umat Islam berkumpul di dataran berhadapan Masjid Zahir selepas solat Jumaat.

Suhaimi berkata, pihaknya mahu berulang kali mengingatkan kepada semua agar jangan sesekali menghina dan mempersendakan agama Islam dan Rasulullah SAW.

Sebelum ini, Pengerusi Penganjur Himpunan Sayangi Rasulullah Peringkat Negeri Kedah, Datuk Abdul Halim Ali berkata, pihaknya mahu undang-undang atau hukuman lebih keras kepada individu yang menghina Nabi Muhammad SAW perlu digubal sebagai amaran dan juga ingatan agar penghinaan sedemikian rupa tidak berulang lagi.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kerajaan disaran untuk menggubal undang-undang sedia ada selepas kesal dengan penghinaan dan tindakan biadab dilakukan oleh segelintir individu sebelum ini yang juga menghina agama Islam.

Penghimpunan tersebut diadakan bagi menunjukkan bahawa ia bukan diadakan secara bermusim atau selepas timbul isu-isu yang sensitif sebaliknya bertujuan untuk membuktikan bahawa rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad SAW adalah kekal konsisten sepanjang masa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!