Rosmah, anak, cucu hadir prosiding Najib

Rosmah (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pad Jumaat, bagi mengikuti sambungan perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib. - Foto Bernama
Rosmah (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pad Jumaat, bagi mengikuti sambungan perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Sehari selepas disabitkan kesalahan atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid, Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Mahkamah Tinggi di sini, pada Jumaat untuk prosiding 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rosmah tiba di mahkamah dengan memakai baju kurung berbunga merah kuning tanpa mengenakan selendang.

Turut hadir secara berasingan ialah anak perempuan mereka, Nooryana Najwa bersama cucu lelakinya.

Rosmah, 71, dan Nooryana tidak pernah gagal untuk hadir ke mahkamah setiap kali prosiding membabitkan Najib berlangsung.

Nooryana Najwa (kiri) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat, bagi mengikuti sambungan perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib. - Foto Bernama
Nooryana Najwa (kiri) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat, bagi mengikuti sambungan perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib. - Foto Bernama

Ini merupakan prosiding ketiga dihadiri bekas Perdana Menteri itu, selepas diperintah untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana menyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada Khamis, Rosmah dihukum penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau itu dikenakan hukuman berkenaan selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Artikel Berkaitan:

Kesemua penjara itu adalah selama 30 tahun namun mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan secara serentak maka Rosmah hanya dipenjara selama 10 tahun.

Bagaimanapun, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan Rosmah menangguhkan hukuman penjara dan denda, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Mahkamah turut memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!