Optima EX lebih hebat, berprestasi, berkarisma

A
A
A

NAZA Kia Malaysia baru-baru ini memperkenalkan varian sedan keluarga Optima EX yang terbaharu secara rasmi.

Optima EX dibina dengan reka bentuk, prestasi, teknologi inovatif dan ciri khas Optima yang lebih berkarisma bagi melengkapi rangkaian Optima GT sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Datuk Samson Anand George berkata, Optima EX baharu hadir dengan ciri-ciri dinaik taraf dan menjadikannya tambahan terbaik kepada rangkaian Optima dengan gaya lebih berani.

“Reka bentuk menarik dengan ciri-ciri dinaik taraf sedan ini menawarkan nilai wang lebih tinggi dari segi harga,” katanya. Dikuasakan oleh enjin CVVL Nu 2.0L, Optima EX ini mampu memberikan kuasa sehingga 163 PS dan tork 196 Nm. Turut dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan konvensional.

“Reka bentuk kenderaan ini mempunyai kemudahan dalam bentuk memori kuasa bagi kerusi pemandu, brek letak kereta elektrik, kunci pintar, butang permulaan push dan paparan skrin warna 7 inci dengan keserasian audio Apple CarPlay serta Android Auto. "Ia turut miliki monitor pengawasan sistem panorama menggunakan empat kamera yang terletak di depan, belakang, kiri dan kanan kereta. “Sistem ini menyediakan pemandu pandangan 360 darjah yang menjadikan aktiviti memarkir ebih mudah,” katanya.

Optima EX baharu hadir dalam warna Aurora Black Pearl, Snow White Pearl dan Platinum Graphite. Ia dijual pada harga RM139,888 di atas jalan tanpa insurans.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!