'Saya rindu, sayang atuk seribu juta kali'
SHAH ALAM - Cucu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Adam Razak meluahkan perasaan rindu terhadap datuknya.
Menerusi perkongsian hantaran Instagram anak sulung Najib, Nooryana Najwa menulis anak sulungnya itu merindui datuknya.
"Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali," luah Adam yang menunggu kedatangan Najib di mahkamah pada awal pagi Jumaat.
Adam Razak hadir bersama ibunya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur susulan perbicaraan Najib berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.
Dalam perkongsian itu, Adam Razak turut berasa hairan dan membangkitkan persoalan kehadiran beberapa lelaki yang memegang senjata.
"Mereka hanya mahu melindungi atuk supaya tiada apa berlaku kepadanya," jawab Nooryana kepada persoalan anaknya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!