Gempa bumi sederhana di Kepulauan Andaman, India
SHAH ALAM - Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan melanda Kepulauan Andaman, India pada 3.13 petang hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa pada jarak 133 kilometer (km) Timur Laut dari Utara Andaman itu berlaku pada kedalaman 92 km.
Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Kepulauan Andaman terletak berhampiran Myanmar.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!