Kompleks KOMTAR berasap

Asap tebal memenuhi ruang tingkat 3 KOMTAR
Asap tebal memenuhi ruang tingkat 3 KOMTAR
A
A
A

GEORGETOWN - Keadaan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) bertukar kecoh apabila loceng kecemasan berbunyi selepas beberapa buah kedai di aras 3 kompleks itu dipenuhi asap tebal petang tadi.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, hampir 2,000 penjawat awam serta peniaga di dalam kompleks berkenaan lari menyelamatkan diri dan berkumpul di ruang legar hadapan pintu masuk KOMTAR.

Turut terkesan dengan kejadian itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan barisan Exco Kerajaan Negeri yang sedang bermesyuarat.

Ketua Menteri dan barisan Exco Kerajaan Negeri turut kelihatan turun bagi menyelamatkan diri.
Ketua Menteri dan barisan Exco Kerajaan Negeri turut kelihatan turun bagi menyelamatkan diri.

Mereka turut dilihat bergegas turun menggunakan tangga dari tingkat 28 KOMTAR untuk ke ruangan berkumpul.

Kon Yeow berkata, punca kejadian masih belum dikenal pasti dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri sedang menjalankan siasatan.

"Asap disyaki berpunca daripada saluran pendingin hawa, selain JBPM sudah menambah bilangan anggota bagi membantu operasi mengesan punca kejadian.

"Kawasan ini hanya akan diisytihar selamat selepas bomba mengenal pasti punca kejadian dan memadam kebakaran, jika terdapat api di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui media di sini tadi.

Artikel Berkaitan:

Penjawat awam dan orang ramai berkumpul di ruang legar dihadapan pintu masuk KOMTAR
Penjawat awam dan orang ramai berkumpul di ruang legar dihadapan pintu masuk KOMTAR

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!