Aubameyang ada tugas belum selesai

Aubameyang - Foto Chelsea FC
Aubameyang - Foto Chelsea FC
A
A
A

PIERRE-Emerick Aubameyang tidak menunggu lama untuk kembali menghiasai kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila sah menyertai Chelsea pada harga 10.3 juta pound (RM53.3 juta).

Bekas penyerang berbisa Arsenal berusia 33 tahun itu membuat keputusan meninggalkan Barcelona hanya selepas enam bulan dia menabur bakti di Camp Nou.

Aubameyang kini kembali bersatu dengan pengendali Chelsea, Thomas Tuchel selepas mereka pernah bekerjasama di Borussia Dortmund.

“Saya sangat gembira. Ia satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini dan saya sudah tidak sabar untuk memulakan aksi.

“Saya masih mempunyai tugas yang belum selesai dalam saingan EPL. Jadi, ia sangat bagus dapat kembali,” kata Aubameyang yang meraih anugerah Kasut Emas EPL pada musim 2018/2019.

Ketika itu dia berkongsi rekod jaringan 22 gol bersama duo Liverpool – Mohamed Salah dan Sadio Mane yang kini menyarung jersi Bayern Munich.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!