Tun M terima kunjungan hormat Presiden FIFA

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) menerima cenderahati daripada Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino (kiri) selepas menerima kunjungan hormat Presiden FIFA tersebut dan delegasi pemimpin bola sepak di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat delegasi pemimpin persatuan bola sepak diketuai Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino di Perdana Putra, di sini.

Ketibaan Infantino yang diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) Kohzo Tashima dan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Windsor John, disambut Dr Mahathir di pejabatnya itu pada jam 4 petang tadi.

Pertemuan itu berlangsung hampir setengah jam.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

Ia adalah pertemuan rasmi pertama antara perdana menteri Malaysia dan presiden FIFA sejak 1960-an, ketika Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj beberapa kali menerima kunjungan hormat Stanley Rous.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!