Polis cari Nur Haziqah Hamidi
TANGKAK - Polis mencari seorang wanita Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting bagi perbicaraan kes di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan berkaitan ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, wanita berusia 25 tahun itu sepatutnya perlu hadir perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak pada 7 dan 8 September ini, namun gagal dihubungi.
Beliau berkata, saksi telah gagal dihubungi sejak dua tahun lepas.
"Kami mengharapkan orang ramai yang mengenali saksi agar dapat memberitahunya agar saksi dapat hadir ke mahkamah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohd Fadhil berkata, sebarang maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Intan Norathirah Mohd Suhaidi di talian 016988 3520. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!