Mohamad Afif Ketua AMK Negeri Sembilan baharu

Ketua AMK Adam Adli Abdul Halim (hadapan, tengah) dan Mohamad Afif (hadapan, kanan) bersama Majlis Pimpinan Tertinggi (AMK) serta Ketua-ketua AMK Cabang di Negeri Sembilan dalam pertemuan baru-baru ini.
Ketua AMK Adam Adli Abdul Halim (hadapan, tengah) dan Mohamad Afif (hadapan, kanan) bersama Majlis Pimpinan Tertinggi (AMK) serta Ketua-ketua AMK Cabang di Negeri Sembilan dalam pertemuan baru-baru ini.
A
A
A

SEREMBAN - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Seremban, Mohamad Afif Anuar dipilih sebagai Ketua AMK Negeri Sembilan bagi penggal 2022-2025.

Dalam kenyataan media kepada Sinar Harian, Mohamad Afif berkata, pihaknya akan sentiasa memberi komitmen dan sokongan penuh untuk terus memperkukuh serta melancarkan organisasi parti.

"Pada masa sama akan mengambil peranan bersama sebagai sayap parti dalam segala gerak kerja.

"AMK Negeri Sembilan akan terus menggalas tanggungjawab untuk memantapkan serta melunaskan segala kekuatan bersama anak muda, badan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan isu anak muda di Negeri Sembilan seterusnya menarik minat mereka bersama Keadilan, "katanya.

Menurutnya, ketua-ketua AMK Cabang Negeri Sembilan mencapai kata sepakat bagi menetapkan hala tuju dan pemantapan struktur organisasi AMK Negeri Sembilan bagi menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Sehubungan itu, kami akan berikan kerjasama penuh kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam merangka strategi untuk memperkukuh parti dan mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama kerusi-kerusi PKR di Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau dalam pada itu berharap pelantikan tersebut dapat meningkatkan momentum kesepakatan semua anggota AMK dalam memperkukuh parti menjelang PRU15.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!