Tidak perlu diperdebatkan kenyataan Abdul Hadi

Muhyiddin berbual dengan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad (kiri) pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut pada Sabtu. - Foto Facebook Pas Pusat
Muhyiddin berbual dengan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad (kiri) pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 di Kompleks PAS, Kota Sarang Semut pada Sabtu. - Foto Facebook Pas Pusat
A
A
A

ALOR SETAR - Tidak perlu diperdebatkan kenyataan Presiden Pas,Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Ogos lepas berhubung tuduhan terhadap masyarakat bukan Islam dan bukan bumiputera sebagai antara punca kepada gejala rasuah dalam negara ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Abdul Hadi itu tidak perlu diperdebatkan lagi memandangkan rasuah sememangnya telah berleluasa di Malaysia.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan bahawa rasuah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira sama ada orang Islam ataupun bukan Islam.

"Rasuah sudah agak berlaku berleluasa. Orang yang bukan Islam pun ada melakukan rasuah, yang Islam (pun) melakukan rasuah.

"Saya fikir tidak harus apa orang kata kita debatkan, apa yang ditinggal itulah yang sedang berlaku," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Abdul Hadi dalam kenyataan menegaskan usaha menangani penyakit rasuah wajib dilakukan secara holistik supaya tidak menjadi wabak apabila diambil tindakan yang tidak menyeluruh sehingga ke akar umbinya khususnya terhadap mereka yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram.

"Sehinggakan, dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman," katanya.

Beliau berkata, mereka ini juga merupakan golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan bumiputera.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata, PN mengambil pendirian kuat dan tegas dalam usaha menentang salah guna kuasa, rasuah, penyelewengan dan pelbagai perkara lain yang sudah diputuskan sejak awal.

Pada 28 Ogos lepas, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan terhadap Abdul Hadi susulan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan bumiputera adalah golongan paling banyak terlibat dalam rasuah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!