Dua beradik maut dalam kebakaran

Dua beradik rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru, pada Sabtu.
Dua beradik rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru, pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Dua beradik rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, pada Sabtu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ridzuan Malek Rivan berkata, mangsa merupakan Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, 2.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 1.41 petang sebelum 14 anggota ke tempat kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal dan mengakibatkan kemusnahan 60 peratus daripada keseluruhan rumah. Terdapat dua mangsa telah ditemui rentung di ruangan bilik tidur.

"Pemadaman awal telah dilakukan oleh orang awam menggunakan jirusan air paip. Tindakan operasi pemadaman susulan dilakukan pihak bomba sehingga keadaan pada jam 2.20 petang," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Beliau berkata, dua beradik terbabit merupakan warga tempatan dan semasa kejadian kedua-dua mangsa tersebut tinggal bersama seorang penjaganya.

Tambah Mohd Ridzuan, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!