Downy Mystique pilihan Scha Alyahya

Scha (tengah) bersama pemenang yang berjaya menjawab soalan ketika Sesi Pertemuan Bersama Scha Alyahya di Mydin Mall pada Sabtu. Gambar kecil: Natalie
Scha (tengah) bersama pemenang yang berjaya menjawab soalan ketika Sesi Pertemuan Bersama Scha Alyahya di Mydin Mall pada Sabtu. Gambar kecil: Natalie
A
A
A

KOTA BHARU - Pengunjung Mydin Mall, Bandar Baru Tunjong berpeluang bertemu Duta Downy, Scha Alyahya ketika sesi promosi pewangi itu di pasar raya tersebut pada Sabtu.

Mereka turut berpeluang menerima hadiah menarik daripada Downy dan bergambar bersama aktres popular itu.

Scha ketika ditemubual gembira berkongsi pengalaman lima tahun menggunakan Downy dan ternyata berpuas hati dengan pelembut dan pewangi pakaian itu.

Menurut Scha, sebagai seorang ibu, pewangi pakaian Downy benar-benar membantunya ketika sibuk menguruskan keluarga.

"Terbaharu, ada Downy Mystique yang diformulasikan dengan Perfume Pearl Teknologi, lebih tahan lama sehingga tiga minggu," katanya.

Scha menggunakan jenama itu sebelum menjadi duta kerana tertarik dengan bau serta anti bakteria yang diyakini lebih selamat.

Sebagai seorang ibu dan artis, Scha akan menyusun jadual dengan baik tetapi mengakui pewangi Downy benar-benar menyenangkan.

"Bersama Downy, pakaian Scha lebih senang untuk diseterika, tidak banyak menggunakan pewangi dan paling penting, kain tetap lembut serta sentiasa harum," jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengurus Jenama, Procter & Gamble (M) Sdn Bhd, Natalie Yong berkata, Downy kini mengadakan Roadshow Downy di seluruh negara bermula 1 hingga 10 September ini.

Menurutnya, orang ramai berpeluang memenangi hadiah eksklusif dengan menangkap gambar selain sesi soal jawab bersama Scha.

"Hari ini kita mengadakan pertemuan dengan pengunjung di Mydin Mall dan mereka boleh mendapatkan produk terbaharu Downy Mystique," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!