'Tumor gergasi' seberat 45kg berjaya dikeluarkan

Sepasukan doktor berjaya mengeluarkan 'tumor gergasi' seberat 45kg ketika pembedahan kecemasan di sebuah hospital di Brazil pada Rabu lalu.
Sepasukan doktor berjaya mengeluarkan 'tumor gergasi' seberat 45kg ketika pembedahan kecemasan di sebuah hospital di Brazil pada Rabu lalu.
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Sepasukan doktor berjaya mengeluarkan 'tumor gergasi' seberat 45 kilogram ketika pembedahan kecemasan di sebuah hospital di Brazil pada Rabu lalu.

Pakar bedah, Dr Glaucio Boechat memberitahu pesakit wanita berusia 45 tahun itu telah 'menyimpan' ketumbuhan itu pada bahagian perutnya selama lima tahun.

"Prosedur mencabar itu mengambil masa kira-kira dua jam. Ia adalah tumor terbesar yang pernah saya keluarkan dan pastinya saiz paling besar dalam dunia perubatan," lapor rangkaian berita UOL memetik kenyataan Boechat.

Pesakit itu dimasukkan ke São José do Avai Hospital selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.

"Boechat bersama pasukan perubatannya kemudiannya berbincang setelah melihat imej sinar X yang diperoleh tentang punca masalah dihadapi wanita itu. Seramai 14 doktor terlibat prosedur tersebut," jelas laporan itu lagi.

Difahamkan, kos pembedahan itu dibiayai oleh kemudahan perubatan dan sistem dana kesihatan awam Brazil.

Hasil pemeriksaan mereka mendapati tumor tersebut mungkin telah berkembang dalam uterus wanita berkenaan dan keputusan biopsi tumor tersebut dijangka diperoleh dalam tempoh kira-kira tiga minggu lagi.

"Pesakit itu kini berada dalam keadaan stabil dan boleh bernafas tanpa menggunakan alat bantuan serta berupaya untuk bercakap dan makan seperti biasa," jelas pakar bedah itu yang berpengalaman lebih 20 tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!