UMNO Kedah nafi terima jemputan ke Muktamar Pas

Shaiful Hazizy
Shaiful Hazizy
A
A
A

ALOR SETAR - UMNO Kedah menafikan kenyataan Pas yang mendakwa menjemput parti terbabit menghadiri Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah pada Sabtu.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tuduhan bahawa UMNO Kedah tidak hadir walaupun dijemput juga adalah tidak berasas sama sekali.

Menurutnya, beliau mewakili Perhubungan UMNO Negeri Kedah menegaskan perhubungan UMNO Kedah sama sekali tidak menerima sebarang jemputan secara bertulis ataupun lisan.

"Saya menggesa agar Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memohon maaf secara terbuka atas kekeliruan yang ditimbulkan berhubung isu ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, Perhubungan UMNO negeri juga mempunyai pendirian yang jelas berkaitan isu terbabit.

"Walaupun dilukai dan dikhianati sekiranya menerima jemputan secara rasmi, sudah tentunya ia akan dipertimbangkan.

"Tetapi sekarang jelas kami tidak menerima sebarang jemputan secara bertulis mahupun secara lisan," tegas beliau.

Takiyuddin pada Sabtu mengesahkan tidak ada seorang wakil daripada parti UMNO sama ada di peringkat negeri ataupun pusat, hadir dalam Majlis Perasmian dan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-68.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menyatakan bahawa jemputan yang dihantar kepada wakil parti berkenaan turut tidak mendapat sebarang maklum balas serta jawapan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!