Tulang haiwan lebih awal dari dinosaur ditemui
MONTREAL - Seorang guru wanita menemui tulang-tulang haiwan yang dipercayai hidup 50 juta tahun lebih awal daripada dinosaur di Kanada baru-baru ini.
Guru itu, Lisa Cormier sedang berjalan-jalan di Cape Egmont apabila dia ternampak sesuatu yang luar biasa dengan sebahagiannya tertimbus di pantai.
Pada mulanya dia menyangka apa yang dilihatnya itu adalah akar.
Apabila dilihat lebih dekat, dia kemudian menyedari bahawa terdapat tulang rusuk, tulang belakang dan tengkorak.
John Calder iaitu ahli geologi dan paleontologi yang bekerja dalam kes itu, mengesyaki tulang-tulang tersebut adalah dari haiwan biawak atau sejenis haiwan yang terdekat dengannya.
Dinosaur dianggap telah hidup kira-kira 245 juta tahun dahulu dan kemudian pupus kira-kira 66 juta tahun dahulu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!