Klopp puji aksi kental Pickford

Pickford menjadi duri dalam daging apabila menafikan banyak percubaan Liverpool ketika terikat tanpa jaringan dengan Everton pada Sabtu.
Pickford menjadi duri dalam daging apabila menafikan banyak percubaan Liverpool ketika terikat tanpa jaringan dengan Everton pada Sabtu.
A
A
A

AKSI kental Jordan Pickford menjaga gawang Everton daripada dibolosi mendapat pujian Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ketika mereka terikat tanpa jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Perlawanan seteru setempat di Goodison Park itu dilalui dengan sukar oleh The Reds.

"Cubaan kami terkena tiang tiga kali dan Pickford menghalang banyak peluang kami.

"Saya tidak tahu berapa banyak aksi derby yang pernah saya harungi, tetapi ia sentiasa sukar di sini," ujar Klopp.

Pada aksi itu, Conor Coady meletakkan Everton di hadapan dengan penyudah jarak dekat berpunca daripada rembatan Neal Maupay pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun jaringan bekas pemain pertahanan Liverpool itu dibatalkan kerana ofsaid selepas pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) sekali gus mencetuskan rasa berang penonton.

Pada perlawanan itu juga sebotol bir kelihatan dilempar dari belakang kawasan teknikal pengurus yang nyaris terkena Klopp.

Tidak cukup dengan itu, seorang penyokong Everton berlari ke padang untuk menemui pengadil, Anthony Taylor sebelum dibawa keluar.

Artikel Berkaitan:

"Apa boleh buat? Ia adalah derby yang hebat, sangat sengit, dengan banyak aksi menyelamat cukup menakjubkan," ujar Klopp.

Everton kini tanpa kemenangan dalam enam perlawanan pertama mereka musim ini manakala Liverpool gagal meneruskan aksi cemerlang selepas meraih dua kemenangan sebelum ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!