Olympiacos sambar Marcelo
BEK kiri Brazil, Marcelo sah menjadi Olympiacos, selepas pemain itu memeterai perjanjian bersama juara Liga Super Greece itu.
Menerusi perjanjian tersebut Marcelo dijangka akan kekal selama semusim bersama Olympiacos dengan pemain itu mempunyai pilihan untuk menyambung kontraknya bagi tempoh satu tahun lagi.
"Saya tidak akan bersara, belum lagi. Saya rasa masih boleh bermain.
“Menghadapi Real Madrid tidak akan menjadi masalah. Saya seorang Madridista tegar tetapi juga profesional,” katanya.
Marcelo sebelum ini dilepaskan oleh Real Madrid sejurus kontraknya tamat pada penghujung musim ini sekali gus menamatkan tempoh 15 tahun bersama kelab gergasi Sepanyol berkenaan.
Ketika bergelar sebagai ejen percuma, Marcelo pernah dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), antaranya ialah Leicester City.
Bagaimanapun, pemain berusia 34 tahun itu menjadikan Olympiacos sebagai destinasinya sambil menyifatkan kelab Greece berkenaan sebagai 'legenda bola sepak sejati' ketika mengumumkan kesepakatan mereka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!