Enam maut daki gunung Klyuchevskaya Sopka di Rusia

Bandar Petropavlovsk-Kamchatsky dilihat dengan latar belakang gunung berapi Klyuchevskaya Sopka pada 2005. - Foto fail AFP
Bandar Petropavlovsk-Kamchatsky dilihat dengan latar belakang gunung berapi Klyuchevskaya Sopka pada 2005. - Foto fail AFP
A
A
A

VLADIVOSTOK - Enam orang maut ketika mendaki gunung Klyuchevskaya Sopka di Kamchatka Rusia pada Sabtu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut laporan TASS, sekumpulan 10 pelancong Rusia dan dua pemandu pelancong memulakan misi mendaki gunung itu pada Selasa.

Pada Sabtu, sembilan daripada pendaki berkenaan mula mendaki Klyuchevskaya Sopka manakala yang selebihnya berada di kem yang terletak pada ketinggian 3,300 meter.

Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika berada pada ketinggian kira-kira 4,150 meter. Anggota penyelamat sedang mengesan pendaki yang lain.

Maklumat lanjut mengenai kejadian itu masih belum diumumkan.

Klyuchevskaya Sopka yang mempunyai ketinggian kira-kira 4,750 meter ialah gunung berapi aktif tertinggi di Eurasia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!