Nadal rakam kemenangan sempurna ke atas Gasquet

Nadal (kanan) mencatat kemenangan sempurna ke atas Gasquet kepada 18 tanpa balas Terbuka AS di New York pada Ahad. Foto Agensi.
Nadal (kanan) mencatat kemenangan sempurna ke atas Gasquet kepada 18 tanpa balas Terbuka AS di New York pada Ahad. Foto Agensi.
A
A
A

BINTANG sensasi, Rafael Nadal berada dalam kelas tersendiri apabila melebarkan rekod kemenangan ke atas veteran dari Perancis, Richard Gasquet untuk mara ke pusingan 16 terakhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Nadal yang merupakan pilihan kedua melebarkan rekod sempurnanya menentang Gasquet, 18-0 di Stadium Arthur Ashe, New York.

Kemenangan 6-0, 6-1, 7-5 Nadal dalam masa dua jam 17 minit itu menyaksikannya akan bertemu dengan pilihan ke-22 dari AS, Frances Tiafoe untuk menempah tempat ke suku akhir.

Bakal beraksi dengan pemain berusia 24 tahun itu, Nadal selesa merendah diri.

“Dia seorang pemain yang hebat, sangat berkarisma dan sangat pantas.

“Dia boleh bermain dengan sangat agresif, saya perlu mempamer aksi terbaik untuk mempunyai peluang mengatasinya,” ujar Nadal mengenai Tiafoe.

Nadal mengalami kecederaan hidung berdarah, Khamis lalu apabila secara tidak sengaja memukul mukanya sendiri dengan raket tetapi menyatakan ia tidak serius.

Nadal dan Gasquet kali pertama beraksi sebagai pemain profesional di Estoril pada 2004, namun sejak pertemuan pertama itu, rekod pertemuan sentiasa memihak kepada Nadal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!