Kaji implikasi asing kuasa Peguam Negara, pendakwa raya

Wan Junaidi pada sidang media selepas majlis penyerahan wang deposit pembelian tanah Masjid Kampung Sejingkat, Kuching hari ini. - Foto Bernama
Wan Junaidi pada sidang media selepas majlis penyerahan wang deposit pembelian tanah Masjid Kampung Sejingkat, Kuching hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Kerajaan masih mengkaji implikasi kepada cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya, walaupun banyak negara lain termasuk negara Komanwel yang telah melakukan pengasingan tersebut, namun cadangan itu tidak mudah dilaksanakan.

Jelasnya, untuk cadangan itu dilaksanakan di Malaysia, sebanyak 19 undang-undang sedia ada termasuk Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda.

Selain itu, perkara tersebut juga melibatkan kos yang memerlukan penambahan kepada perbelanjaan kerajaan.

"Apabila diasingkan Peguam Negara perlu ada pejabatnya sendiri, perpustakaan, staf serta penasihat sendiri kerana tidak lagi boleh berkongsi dengan pendakwa raya.

"Kita juga tidak tahu berapa juta diperlukan setahun untuk membiayai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan wang deposit pembelian tanah Masjid Kampung Sejingkat di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata, secara peribadi beliau menyokong cadangan pengasingan kuasa itu, namun kajian menyeluruh diperlukan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Semalam, penganalisis politik dari Universiti Sunway, Prof Wong Chin Huat dalam tulisannya yang dilaporkan dalam media tempatan mencadangkan agar pengasingan peranan pendakwa raya daripada Peguam Negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, cadangan tersebut perlu supaya pendakwa raya boleh 'bebas' daripada sebarang gangguan politik. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!