Suami bekas Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf meninggal dunia
SHAH ALAM - Suami bekas Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf, Sri Diah Shaharuddin dilapor meninggal dunia akibat penyakit strok pada petang Ahad.
Perkara itu dikongsikan oleh anak Allahyarham, Anas Iqbal Ahmad, 29, yang menyatakan bapanya, Ahmad Saabun, 59, meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang.
“Allahyarham meninggal dunia akibat strok,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Anas yang merupakan anak kedua dari tiga orang beradik berkata, Allahyarham menghidap strok sejak 2018.
“Sudah empat tahun Allahyarham mempunyai strok dan kami menjaganya di rumah
"Jenazah bapa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas solat maghrib,” katanya.
Dalam pada itu, Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang menyifatkan Allahyarham merupakan seorang yang aktif dalam penulisan, kegiatan politik dan badan bukan kerajaan (NGO).
“Banyak juga Allahyarham terbabit dalam deklamasi puisi dan kegiatan sastera,” ujar Hashim yang merupakan sahabatnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!