Pemenang emas Birmingham 2022 digantung sementara

Nwokocha - Foto AFP
Nwokocha - Foto AFP
A
A
A

PEMENANG pingat emas acara 4x100 meter (m) Sukan Komanwel Birmingham 2022, Nzubechi Grace Nwokocha, digantung sementara selepas menggunakan bahan terlarang, kata Unit Integriti Olahraga (AIU).

Pelari berusia 21 tahun itu bersama gandingan Tobi Amusan, Rosemary Chukwuma dan Favor Ofili membawa pulang emas dengan catatan masa Afrika baharu 42.10 saat menewaskan pesaing dari England dan Jamaica.

“AIU menggantung sementara pelari Nigeria, Nzubechi Grace Nwokocha, setelah didapati terdapat Kehadiran/Penggunaan Bahan Terlarang (Ostarine & Ligandrol) (Perkara 2.1 dan Artikel 2.2),” kata badan itu dalam satu kenyataan di Twitter.

Untuk rekod, ostarine dan ligandrol merupakan agen anabolik yang dilarang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

Keputusan itu menyaksikan Nwokocha dilarang daripada menyertai kejohanan buat sementara sehingga keputusan muktamad diputuskan dalam perbicaraan mengikut peraturan WADA.

Nwokocha layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lalu turut mempunyai catatan masa terbaik peribadi acara 100m (10.97s) dan 200m (22.44s) di Kejohanan Dunia di Eugene, Oregon, Amerika Syarikat tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!