Maklumkan Israel jika jalin hubungan cinta di Tebing Barat
BAITULMAQDIS - Warga-warga asing yang memasuki Tebing Barat perlu membuat pengisytiharan kepada pihak berkuasa Israel jika mereka menjalinkan hubungan romantik dengan penduduk Palestin di Tebing Barat.
Menurut BBC News, jika pasangan itu memutuskan untuk berkahwin mereka perlu keluar dari Tebing Barat selepas 27 bulan berkahwin.
Tindakan kontroversi itu adalah sebahagian daripada peraturan yang diketatkan ke atas warga asing yang tinggal di wilayah Palestin yang dijajah Israel tersebut.
Menurut akhbar Times of Israel, peraturan itu dijangka dikuatkuasakan pada hari ini.
Peraturan baharu itu telah digubal oleh COGAT iaitu sebuah badan Kementerian Pertahanan Israel yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sivil Palestin.
Di bawah peraturan untuk lanjutan visa, warga asing yang berkahwin dengan warga Palestin dan merancang untuk berkahwin dengan seseorang atau menjalin hubungan dengan seseorang, mereka mesti memberitahu pihak COGAT. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!