10 maut dalam kejadian tikaman di komuniti Orang Asli

Damien Sanderson (kiri) dan Myles Sanderson. - Foto RCMP
Damien Sanderson (kiri) dan Myles Sanderson. - Foto RCMP
A
A
A

OTTAWA - Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 15 lagi cedera dalam satu siri kejadian tikaman yang berlaku di wilayah Saskatchewan, Kanada pada Ahad, kata polis.

Berikutan kejadian itu, dua suspek sedang diburu pihak berkuasa.

Insiden tersebut berlaku di beberapa lokasi di komuniti Orang Asli terpencil dikenali sebagai James Smith Cree Nation dan di Kampung Weldon, Saskatchewan.

Penolong Komisioner Polis, Polis Diraja Kanada di wilayah tersebut, Rhonda Blackmore berkata, sekurang-kurangnya 15 orang lain yang cedera dihantar ke hospital.

"Kami sedang giat mencari dua suspek (kejadian itu)," tambahnya.

Kedua-dua suspek itu didakwa melarikan diri dengan sebuah kenderaan dan dikenal pasti sebagai Myles Sanderson dan Damien Sanderson, masing-masing berumur 30 dan 31 tahun.

Kedua-duanya berambut hitam dan bermata perang.

James Smith Cree Nation yang merupakan komuniti Orang Asli itu mempunyai jumlah penduduk seramai 2,500 kemudiannya mengisytiharkan darurat tempatan.

Artikel Berkaitan:

Ramai penduduk wilayah Saskatchewan digesa untuk berlindung di tempat itu.

Perdana Menteri, Justin Trudeau membuat ciapan di Twitter dengan menyatakan bahawa serangan itu mengerikan dan menyayat hati selain mengucapkan takziah dan menggesa penduduk supaya mematuhi arahan pihak berkuasa.

Polis menerima panggilan telefon pada jam 5.40 pagi mengenai kejadian satu tikaman di James Smith Cree Nation sebelum panggilan yang melaporkan beberapa lagi kejadian tersebut dari beberapa lokasi berasingan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!