Giroud mahu jadi seperti Ibrahimovich

Giroud mahu mengikut jejak langkah pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic.
Giroud mahu mengikut jejak langkah pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic.
A
A
A

PENYERANG Perancis, Olivier Giroud mahu mengikut jejak langkah pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic dengan bermain di peringkat elit untuk beberapa tahun lagi.

Pemain berusia 35 tahun itu berkata, meskipun kontraknya bersama AC Milan bakal tamat hujung musim ini, dia tetap berminat untuk terus bermain selepas ini dan telah mendapat ilham untuk terus beraksi sama seperti rakan sepasukannya, Ibrahimovic.

“Saya mempunyai motivasi dan keazaman. Apa yang penting pada usia saya ketika ini adalah kena pastikan minda ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik," kata Giroud.

Sementara itu, Giroud yang kini hanya kurang tiga gol untuk menyamai rekod penjaring terbanyak Perancis, Thierry Henry, turut memasang niat untuk beraksi di Piala Dunia ketiganya pada akhir tahun ini.

"Secara jujur saya tidak tahu apa-apa, kerana bukan jurulatih. Tetapi jelas sekali beraksi di Piala Dunia adalah sasaran saya," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!