UiTM Perlis perkenal bantuan makanan percuma

Tuanku Syed Faizuddin (tiga, dari kanan) ketika pelancaran Bantuan Makanan Percuma’di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, semalam.
Tuanku Syed Faizuddin (tiga, dari kanan) ketika pelancaran Bantuan Makanan Percuma’di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, semalam.
A
A
A

ARAU - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis memperkenalkan bantuan makanan percuma bertujuan meringankan bebanan pelajar yang datang daripada keluarga yang berpendapatan 40 peratus terendah (B40) khususnya asnaf miskin.

Program dilancarkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di pekarangan Masjid An Nur kampus universiti berkenaan di Arau, semalam.

Majlis dilaksanakan bersempena aktiviti ‘Kayuhan Usaha, Taqwa, Mulia - Konvokesyen UiTM ke 90’ yang disekalikan dengan program ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Kali ke 24 bagi Tahun 2019’.

Program bantuan makanan percuma berkenaan adalah inisiatif khidmat sosial para pegawai dan kakitangan UiTM Perlis yang akan secara bergilir bergotong-royong memasak makanan untuk dihidangkan secara percuma kepada pelajar bermula pada minggu hadapan.

Buat permulaannya ia akan dilaksanakan tiga kali seminggu.

Pada majlis yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM600 kepada 200 orang mahasiswa dan 50 orang pelajar terpilih daripada SMK Mata Ayer Perlis.

Sementara itu, Rektor UiTM Perlis, Zailuddin Ariffin turut melahirkan rasa terharu apabila dimaklumkan bahawa pihak MAIPs bersetuju untuk bekerjasama menaja 10 hari pertama pelaksanaan penyediaan hidangan makanan bernilai RM10,000 untuk dimanfaatkan oleh para pelajar terbabit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!