Rekod tanpa kalah AS Roma lebur

Mourinho
Mourinho
A
A
A

REKOD tanpa kalah AS Roma musim ini lebur apabila dibelasah 0-4 Udinese dalam aksi Serie A di Stadium Friuli, sekali gus kekalahan terburuk pengendali Jose Mourinho sepanjang karier di kejuaraan tertinggi Itali itu.

Pemain pinjaman dari Tottenham Hotspur, Destiny Udogie meletakkan tuan rumah di depan pada minit kelima yang memintas hantaran antara pertahanan Rick Karsdorp dan penjaga gol Rui Patricio bagi mendahului separuh masa pertama.

Tiga gol lagi hadir di babak kedua menerusi Lazar Samardzic (56'), Roberto Pereyra (75') sebelum jaringan pemain gantian Sandi Lovric (82') melengkapkan pesta gol Udinese.

“Sejujurnya satu perlawanan yang sempurna dan kemenangan sepatutnya buat Udinese, namun saya lebih suka kalah satu perlawanan 4-0 daripada empat perlawanan 1-0.

Biarpun begitu ini keputusan yang buruk baik untuk kami dan para penyokong kelab, namun inilah kehidupan yang perlu kami teruskan.

“Bagaimanapun saya akui kami melepaskan gol disebabkan kesilapan individu, tetapi bagi saya secara keseluruhannya ia merupakan kesilapan kolektif,” kata Mourinho.

Keputusan itu menyaksikan Roma kini berada di tempat kelima dengan 10 mata, satu mata di belakang pendahulu Napoli dan AC Milan dan di belakang Atalanta dan Udinese di tangga keempat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!