'Jangan ambil tanah, kampung kami'

Lebih 300 penduduk berketurunan Siam dari Kampung Teresek, Repek di sini berkumpul merayu Kerajaan Negeri supaya mengkaji semula cadangan pengambil alihan tanah Wat Uttamaran dan kampung berkenaan untuk tujuan projek tebatan banjir Sungai Lemal.
Lebih 300 penduduk berketurunan Siam dari Kampung Teresek, Repek di sini berkumpul merayu Kerajaan Negeri supaya mengkaji semula cadangan pengambil alihan tanah Wat Uttamaran dan kampung berkenaan untuk tujuan projek tebatan banjir Sungai Lemal.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Lebih 300 penduduk berketurunan Siam dari Kampung Teresek, Repek di sini merayu Kerajaan Negeri supaya mengkaji semula cadangan pengambilalihan tanah Wat Uttamaran dan kampung berkenaan untuk tujuan projek tebatan banjir Sungai Lemal.

Dakwa penduduk, pengambilalihan itu akan menyebabkan rumah ibadat berusia 180 tahun akan lenyap 'ditelan' projek tersebut.

Bukan itu sahaja, rumah penduduk di kawasan kampung tersebut juga akan terjejas sekaligus menyebabkan mereka hilang tempat tinggal.

Seorang penduduk, Eh Song Thasuk, 77, berkata, dia berharap Kerajaan Negeri dapat menimbang semula cadangan tersebut kerana ia memberikan impak yang cukup besar kepada mereka.

"Jika tanah ini diambil, kami akan hilang dua perkara. Pertama rumah ibadat yang sudah mencecah ratusan tahun dan rumah sendiri serta tanah.

"Kampung inilah satu-satunya tanah tumpah darah kami. Lagipun kami tidak boleh membeli tanah di kawasan sekitar kerana ia merupakan lokasi rizab orang Melayu," katanya.

Terdahulu, penduduk Kampung Teresek berhimpun secara aman di Wad Uttamaran merayu Kerajaan Negeri supaya mengkaji balik hasrat tersebut.

Turut hadir, Penyelaras Dun Amanah Apam Putra, Mohd Hisyamuddin Ghazali.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, penduduk Kampung Teresak tidak menolak pembangunan sebaliknya mahu Kerajaan Negeri meneliti sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

Katanya, penduduk sentiasa terbuka untuk berdialog dengan pihak Kerajaan Negeri bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung perkara itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!