Hayabusa2 aktifkan alat letupan pada asteroid Ryugu
TOKYO - JEPUN. Kapal angkasa Jepun, hari ini mengaktifkan alat untuk meletupkan permukaan kawah asteroid bagi mendapatkan sampel yang dapat memberi penjelasan bagaimana sistem suria berkembang.
Misi Hayabusa2 itu juga bertujuan untuk merungkai misteri asal usul kehidupan di bumi.
Kapal angkasa itu melancarkan alat penghentam kecil berbentuk kon pada jarak 500 meter (m) di permukaan asteroid Ryugu. Ia diprogramkan untuk meletup selepas 40 minit yang kemudiannya akan menembusi bahagian kawah ke permukaan batu angkasa itu yang bergerak 300 juta kilometer dari bumi.
Difahamkan, kapal angkasa itu mengambil masa dua minggu untuk kembali kepada kedudukan asal selepas impak.
"Kami sangat teruja untuk melihat apa yang akan berlaku apabila penghentam itu bertembung dengan asteroid tersebut," kata jurutera penyelidik di Agensi Angkasa Jepun (Jaxa) pada awal minggu lalu.
Menurut saintis Jaxa, diameter kawah itu berukuran 10 m jika permukaannya berpasir atau 3 m jika ia berbatu. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!