Dua termasuk wanita ditahan edar dadah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki dan wanita berusia 47 dan 29 tahun dipercayai pengedar dadah ditahan dalam serbuan di Bukit Angin di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff memberitahu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh membuat serbuan tersebut kira-kira jam 3.30 petang selepas mendapat maklumat mengenai pengedaran dadah.

Menurutnya, dadah disyaki jenis heroin kira-kira 227.95 gram dan syabu 25.48 gram dirampas selain kereta jenis Perodua Myvi dan wang tunai RM3,221 milik suspek turut disita.

"Anggaran nilai rampasan dan sitaan kira-kira RM28,747.25 dan kesemua dadah yang dirampas dipercayai bagi kegunaan 150 penagih sekitar Temerloh.

"Semakan mendapati kedua-dua suspek pernah mempunyai rekod jenayah dadah dengan pelbagai kesalahan sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar beliau, kesemua suspek direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!