Lelaki maut, rakan parah terkena bom ikan

Tular gambar keadaan salah seorang mangsa terkena bom ikan dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Foto ihsan pembaca
Tular gambar keadaan salah seorang mangsa terkena bom ikan dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

LENGGONG - Seorang lelaki dilaporkan maut manakala rakannya parah dipercayai terkena bom ikan di kawasan Hutan Lipur Lata Kekabu di sini pada Isnin.

Mangsa berusia 44 tahun maut di tempat kejadian dan rakannya berusia 40 tahun pula dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, kejadian sekitar jam 3 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang menangkap ikan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan laporan lanjut akan menyusul.

Tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan keadaan salah seorang mangsa yang berlumuran darah dipercayai terkena bom buatan sendiri itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!